Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop Mi Tienda?
Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop Mi Tienda?
Sains 4Life Transfer Factor merangkumi penyelidikan, teknologi dan inovasi produk yang mendidik sel sistem imun anda dan menyokong keupayaan sistem imun anda untuk mengenal pasti, bertindak balas dan mengingati ancaman. Produk 4Life Transfer Factor dipatenkan, diperakui dan dikaji secara menyeluruh. 4Life Transfer Factor diperoleh daripada tiga cara berproprietari untuk memberi pelbagai sokongan sistem imun peribadi:
UltraFactor ialah proprietari pekatan protein 4LifeTransfer Factor yang di tapis halus dan peptida-peptida lain daripada kolostrum lembu.
OvoFactor ialah pekatan protein 4Life Transfer Factor yang dilindungi paten dan peptida-peptida lain daripada kuning telur ayam.
NanoFactor ialah pekatan proprietari kolostrum lembu yang di tapis secara nano.
Kami membangunkan produk 4Life melalui penyelidikan dan komitmen terhadap kualiti dan keberkesanan terbaik. Jaminan 4Life Transfer Factor® yang diperakui memastikan identiti, ketulenan, kekuatan dan komposisi setiap produk 4Life Transfer Factor.
Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan 4Life termasuk doktor dan saintis yang memastikan 4Life berada di tahap kemajuan saintifik tertinggi. Selain itu, Lembaga Penasihat Sains Kesihatan (HSAB) kami membantu membangunkan produk baharu dan meneruskan penyelidikan dalam Sains 4Life Transfer Factor.
Sistem imun anda berkait rapat dengan setiap sistem lain dalam badan anda. Itulah sebabnya orang ramai membuat pilihan bijak dengan produk-produk 4Life Transfer Factor.
Sebelum pengedaran, kebanyakan produk 4Life melalui ratusan ujian. Ujian yang meluas adalah untuk memastikan kualiti yang tertinggi sepanjang jangka hayat produk. 4Life melabur berjuta dollar dalam peralatan makmal moden dan menjalankan operasi salah satu makmal analitikal yang paling canggih dalam industri jualan langsung untuk menguji bahan-bahan mentah dan hasil produk.
Peralatan kilang 4Life termasuk pembungkusan, pengkapsulan, dan peralatan adunan yang berteknologi tinggi dan telah menerima pendaftaran Yayasan Sanitasi Kebangsaan (NSF®) Amalan Pengilangan Terbaik Antarabangsa (GMP). Memperoleh Pendaftaran GMP daripada NSF Antarabangsa mengesahkan bahawa 4Life menggunakan kaedah-kaedah, peralatan dan kawalan yang tepat dalam mengeluarkan produk-produk suplemen pemakanan yang berkualiti tinggi.
Di 4Life, kami telah membuat komitmen untuk mengekalkan piawai tertinggi kualiti produk. Kami memperakui semua produk 4Life Transfer Factor dan akan sentiasa berusaha untuk mencipta produk dengan kualiti dan keberkesanan terbaik. Kami berjanji untuk megesahkan reka bentuk dan pembuatan produk untuk setiap produk yang kami jual. Apabila anda membeli produk 4Life Transfer Factor, anda boleh yakin bahawa anda mendapat yang terbaik. Malah, kami memberi jaminan. Lihat disini Jaminan 4Life Transfer Factor.
Identiti setiap bahan telah diuji dan disahkan sebelum digunakan.
Setiap bahan mentah dan hasil produk telah diuji untuk memastikan ia bebas daripada bahan pencemaran dan lain-lain kerosakan.
Setiap bahan mempunyai senarai kelebihan yang teguh dan berpotensi untuk diuji untuk memastikan ianya mencapai piawaian kualiti kami yang tinggi.
Setiap kumpulan dihasilkan mengikut garis panduan dan formulasi spesifikasi produk.
4Life menjalankan kemudahan pembuatannya sendiri dan mengawasi setiap langkah proses pembuatan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyusun, mengadun, mengkapsul dan pembungkusan.
Penyelidikan dan usaha perlindungan paten 4Life menunjukkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap eksklusiviti dan kestabilan. 4Life memegang enam paten A.S. dan 38 paten antarabangsa—dengan berdozen lagi dalam proses untuk dipatenkan.
4Life Research bekerjasama dengan universiti, makmal dan organisasi lain untuk membangun, menjalankan dan mengesahkan penyelidikan. Penyelidikan daripada kerjasama ini membantu kami membangunkan produk dan membuktikan keselamatan dan keberkesanan produk.
Kajian makmal bebas terkini menunjukkan bahawa produk teras 4Life Transfer Factor meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK) yang hadir ketika ancaman kesihatan, sambil mengaktifkan pelbagai sel sistem imun yang lain, seperti: sel B, sel T dan Makrofaj.†
Produk 4Life disokong oleh penerbitan semakan rakan sebaya, paten, Laporan kajian yang dilakukan oleh 4Life atau kerjasama pihak ketiga, dan monograf termasuk ulasan rencana yang luas untuk keselamatan dan keberkesanan bahan-bahan.
A. Andersen, P. Vieira-Brock, B. Vaughan, D. Vollmer Method development for the analysis of PBMC-mediated killing of K562 cells by bovine colostrum Journal of Immunological Methods Volume 499, December 2021.
†Vetvicka V., Vetvickova J. (2019) J Nutr Health Sci 6(3):301
†Vetvicka V., Fernandez-Botran R. (2020) Int Clin Pathol J. 8(1):1
You are trying to view a MyShop page. Please log out in order to view this website.