NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

A. Pengenalan

Notis ini menghuraikan tentang pengutipan, pemprosesan dan pendedahan data peribadi anda oleh ForLife Research Sdn Bhd (“4Life”). 4Life berhak untuk mengubah, mengemaskini atau meminda Notis ini pada bila-bila masa. Anda dinasihati untuk memantau perubahan kepada Notis ini di dalam laman web 4Life. Versi Inggeris Notis ini akan diguna pakai sekiranya berlaku percanggahan antara kedua-dua versi pernyataan ini.

Dengan memberikan data peribadi anda, meneruskan perniagaan 4Life anda atau menerima bonus atau komisen 4Life, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh 4Life mengikut cara yang ditetapkan di sini. Jika anda memberikan data peribadi pihak ketiga, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuaan daripada pihak ketiga untuk pemprosesan data peribadi mereka oleh 4Life.

B. Pengutipan Data Peribadi

Data peribadi yang akan dikutip mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data peribadi anda yang terkandung dalam Permohonan dan Perjanjian Affiliate atau informasi yang terkandung dalam mana-mana penglibatan, mesyuarat atau surat-menyurat di antara 4Life dengan anda, atau data senarai kenalan anda (termasuk nama, nombor telefon, ID kenalan dan sebarang maklumat lain yang terkandung dalam senarai kenalan pengguna) (“Data Peribadi”). Data Peribadi mungkin di dalam bentuk data, gambar atau imej bergerak.

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Anda boleh untuk tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuaan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda. Namun, 4Life tidak akan dapat mentadbir Akaun Affiliate anda atau mengurus sebarang Tujuan yang digariskan di Perenggan D bawah.

C. Sumber Pengutipan Data Peribadi

Sumber Data Peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang dikutip daripada borang pendaftaran, borang pembelian, portal dalam talian, urus niaga jualan, acara terbuka, permintaan untuk perkhidmatan lanjut atau untuk dihubungi tentang produk dan perkhidmatan 4Life dan sebarang interaksi lain dengan 4Life jika perlu untuk tujuan operasi perniagaan dan mematuhi keperluan undang-undang.

D. Tujuan Mengumpul Data Peribadi

Data Peribadi anda mungkin akan digunakan untuk, tetapi tidak terhad kepada, tujuan di bawah:

E. Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Data Peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada pihak ketiga berikut:

Data Peribadi anda boleh disimpan atau disatukan dengan pangkalan data berpusat 4Life di seluruh dunia. Dalam keadaan ini, 4Life juga akan memastikan tahap perlindungan yang serupa terhadap Data Peribadi anda.

F. Pemprosesan Data Peribadi

4Life boleh memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang diperlukan untuk melaksanakan kontrak dengan anda dan kepentingan sah 4Life dengan syarat kepentingan tersebut tidak mengatasi mana-mana kepentingan, hak dan kebebasan anda yang memerlukan perlindungan data peribadi. Ini termasuk pemprosesan untuk tujuan pemasaran, penciptaan perniagaan, pembangunan, pengurusan, serta statistik dan penyelidikan, yang akan merangkumi analisis dan penjejakan transaksi dan penciptaan profil pemasaran. Anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan ini yang mana 4Life bergantung pada kepentingan yang sah atau untuk tujuan jualan langsung atau pemasaran rangkaian (secara kolektif, "jualan langsung").

4Life mungkin memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tambahan dan khusus tertentu, dan dalam keadaan terhad ini 4Life akan mendapatkan persetujuan berasingan anda yang mana anda juga berhak untuk menarik balik. 4Life mungkin memproses Data Peribadi anda untuk lebih daripada satu alasan yang sah bergantung pada tujuan khusus 4Life menggunakan data anda.

G. Ketepatan Data Peribadi

4Life akan mengambil semua langkah yang boleh dilaksanakan dan munasabah untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkini. Sila maklumkan kepada 4Life jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi anda yang mana 4Life perlu dimaklumkan.

H. Keselamatan Data Peribadi

4Life mempunyai protokol keselamatan yang sesuai untuk mengurangkan risiko kehilangan secara tidak sengaja, akses tanpa kebenaran, penyalahgunaan atau pengubahan atas maklumat yang anda berikan. Akses kepada Data Peribadi anda adalah terhad kepada kakitangan yang diberi kuasa, termasuk pekerja, ejen, kontraktor, dan pihak ketiga yang berkaitan, yang memerlukan akses sedemikian untuk tujuan perniagaan yang sah. Pihak yang diberi kuasa ini terikat dengan kewajipan kontrak untuk memproses Data Peribadi anda sahaja mengikut arahan 4Life dan bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan. Langkah-langkah kontingensi telah dibentuk untuk menangani sebarang kejadian pelanggaran keselamatan data yang mencurigakan. 4Life akan segera memberitahu anda dan badan kawal selia yang berkaitan tentang sebarang pelanggaran yang disyaki dengan mematuhi kewajipan undang-undang.

I. Pengekalan Data Peribadi

4Life hanya akan mengekalkan Data Peribadi anda selagi perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulannya. Tempoh pengekalan ditentukan oleh sifat dan tempoh hubungan anda dengan 4Life yang termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah, sifat dan sensitiviti data peribadi, potensi risiko bahaya daripada penggunaan tanpa kebenaran atau pendedahan data peribadi anda, tujuan 4Life memproses Data Peribadi anda dan sama ada 4Life boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara lain, dan keperluan undang-undang yang berkenaan.

Dalam sesetengah keadaan 4Life mungkin menamakan samaran Data Peribadi supaya ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda, dalam hal ini 4Life boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa notis lanjut kepada anda.

J. Akses, Pembetulan dan Batasan untuk Memproses Data Peribadi

Anda boleh meminta akses kepada atau mengemaskini Data Peribadi anda, membuat pertanyaan atau aduan serta mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau promosi. Hubungi 4Life di pejabat terdekat atau serahkan permintaan anda menggunakan butiran di Perenggan K bawah.

K. Hubungi 4Life

Pengurus Kanan
Jualan & Khidmat Pelanggan
ForLife Research Sdn Bhd
Ground Floor, Tower 2, Avenue 3, The Horizon
Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Talian Khidmat Pelanggan:
1800-810-793 (Panggilan tempatan)
+603-4065 1465 (Panggilan luar negara)
Emel: [email protected]

Waktu Perniagaan
Isnin – Jumaat: 11 pg – 7 mlm
Sabtu: 10 pg – 2 ptg
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.
Pihak Pengurusan


ForLife Research Sdn Bhd (Reg. No. 200201007676 (575339-A)) AJL No. 931508
v13.010424MY