Hidrasi & Imuniti: Bagaimana Air Mempengaruhi Kesihatan Anda Secara Menyeluruh

Hidrasi & Imuniti: Bagaimana Air Mempengaruhi Kesihatan Anda Secara Menyeluruh
Salin URL

Lihat dalam
BI, BC

Hidrasi & Imuniti: Bagaimana Air Mempengaruhi Kesihatan Anda Secara Menyeluruh

Air adalah sangat penting dalam diet kita. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi tidak mampu untuk hidup tanpa air dalam beberapa hari sahaja. Anehnya, kita sering lupa untuk mengutamakan pengambilan air sepanjang hari sedangkan air sangat penting kepada kesihatan kita.

CDC menganggarkan secara purata pengambilan air dalam kalangan orang dewasa kira-kira 1.3 liter air setiap hari. Walaupun cadangan berbeza-beza berdasarkan umur, berat dan jantina, kebanyakannya mengesyorkan untuk minum sekitar 1.9 -3.0 liter setiap hari.1 Bagi kebanyakan orang, terdapat banyak cara mudah untuk mengelakkan dehidrasi. Kekal hidrat adalah penting untuk semua sistem dalam badan anda termasuk sistem imun, otot dan organ utama anda. Dengan melakukan beberapa penyesuaian mudah pada tabiat dan rutin harian, anda boleh meningkatkan penghidratan dan kesihatan anda secara menyeluruh!


Mengapa Hidrasi Penting

Pengambilan air yang mencukupi adalah penting untuk fungsi badan yang optimum. Ianya penting bagi semua orang, lebih-lebih lagi kumpulan tertentu perlu menjaga tahap penghidratan mereka. Atlet, kanak-kanak dan orang tua harus mengutamakan pengambilan air yang mencukupi kerana mereka mungkin lebih cenderung untuk mengalami dehidrasi. Selain itu, sesiapa yang sakit, mengandung atau menyusukan bayi perlu mengambil lebih banyak air kerana badan kehilangan cecair. Selain daripada memberi tekanan pada organ-organ, kekurangan cecair boleh menyebabkan kekeliruan, keletihan, gangguan mood, pening, cepat marah, dan dahaga yang berlebihan.2,3

Penghidratan yang baik adalah penting untuk sistem badan berfungsi dengan baik. Apabila badan mengalami dehidrasi, isipadu darah berkurangan. Ini bermakna darah kurang mencukupi untuk jantung mengepamnya ke seluruh badan. Ia memberi tekanan kepada jantung kerana ia perlu berdegup lebih cepat untuk mengalirkan darah yang membawa oksigen dan nutrien penting ke sel-sel. Dehidrasi boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.4

Ginjal adalah satu lagi organ penting yang dipengaruhi oleh hidrasi. Ginjal membolehkan badan mengawal jumlah air yang disimpan atau dikumuhkan, yang mana ini membantu sel-sel kekal dalam keadaan seimbang yang dipanggil homeostasis. Apabila air terlalu banyak dalam badan, ginjal membawa cecair keluar daripada tubuh melalui urin. Walau bagaimanapun, apabila badan kekurangan air, ginjal bekerja lebih kuat untuk menyimpan cecair. Kedua-dua ginjal memerlukan tenaga tambahan untuk menapis darah dan menyingkirkan toksin. Anda boleh membantu menjaga kesihatan jantung, ginjal dan organ-organ lain dengan minum lebih banyak air secara konsisten sepanjang hari.2


Hidrasi dan Sistem Imun

Sel-sel imun memastikan badan selamat daripada potensi ancaman kesihatan melalui aliran darah. Aliran darah membawa sel-sel yang melakukan rondaan dalam tubuh mencari ancaman kesihatan bersama dengan sel-sel yang melawan ancaman tersebut. Dehidrasi boleh mengurangkan tindak balas imun terhadap ancaman kesihatan.5 Sistem imun yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Di samping itu, badan mempunyai pertahanan semula jadi yang luar biasa termasuk lapisan penghalang seperti kulit, air liur, dan membran mukus yang membantu menghalang dan menghapuskan ancaman kesihatan. Badan memerlukan air untuk menghasilkan dan menyokong pertahanan imun semula jadi yang menakjubkan ini. Dehidrasi boleh menyebabkan kekurangan protein dalam air liur yang membantu melindungi badan daripada ancaman kesihatan. Pengambilan air boleh membantu mengembalikan semula protein pertahanan yang penting tersebut dalam air liur.6

Sistem imun yang sihat memberi impak terhadap pelbagai aspek kesihatan, dan pengambilan air dengan banyak adalah salah satu cara untuk menyokong dan melindungi imuniti anda. Ini adalah satu lagi sebab penting untuk kekal hidrat!


Kepentingan Elektrolit

Elektrolit adalah satu lagi elemen penting dalam penghidratan yang membantu memastikan sel-sel sihat dan dalam homeostasis. Elektrolit adalah nutrien yang terdiri daripada garam, magnesium, kalium, dan mineral penting lain. Apabila anda aktif secara fizikal, badan anda kehilangan elektrolit melalui peluh. Hidratkan semula badan anda dengan minuman yang mengandungi elektrolit apabila anda bersenam atau berpeluh dengan banyak.2

Apabila badan anda terlalu panas, anda berpeluh untuk mengekalkan suhu teras badan yang sesuai. Hal ini penting terutamanya bagi mereka yang tinggal dalam iklim yang panas dan mungkin perlu minum lebih banyak air untuk kekal hidrat. Penghidratan yang secukupnya penting dalam mencegah strok haba atau keletihan haba, terutamanya kanak-kanak dan orang tua.2 Pastikan anda kekal hidrat dan dapatkan sumber elektrolit yang anda gemari seperti cecair atau serbuk minuman tenaga yang boleh anda tambahkan ke dalam air.

Tips Hidrasi:

  • Minum 8-12 gelas air setiap hari.

  • Sekiranya anda sukar mencapai sasaran pengambilan air anda, cuba minum segelas air setiap kali makan dan segelas air apabila anda bangun dan sebelum tidur.

  • Beli botol air yang boleh digunakan semula untuk anda bawa bersama sepanjang hari.

  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air.

  • Gantikan air semula selepas melakukan aktiviti lasak. Pastikan anda minum air dengan lebih banyak sekiranya anda melakukan aktiviti yang membuatkan anda berpeluh (dan jangan lupa untuk ganti semula elektrolit anda!).

  • Cuba elakkan minuman yang boleh menyebabkan anda dehidrasi seperti minuman ringan, kopi dan alkohol./li>

  • Cubalah 4Life RioVida Stix! Campurkan campuran elektrolit dan buah-buahan dari acai, beri biru, elderberi, delima, anggur ungu, lobak ungu dan biji anggur yang lazat ini dengan segelas air. Anda bukan sahaja kekal terhidrat, malah anda juga akan menggantikan semula elektrolit yang hilang dan sistem imun anda bertambah hebat! Tambahan lagi, 4Life RioVida Stix mengandungi 4Life Transfer Factor® yang terbukti secara klinikal mengaktifkan sistem imun dalam masa dua jam!7*.

  • Dan ingat, rasa dahaga adalah cara badan anda memberitahu bahawa anda perlu hidratkan badan. Apabila sel-sel anda mengesan kekurangan air, satu tindak balas berantai bermula yang akan membuatkan anda berasa dahaga. Beri perhatian apabila badan anda menghantar isyarat-isyarat ini; tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan anda.

Memberi keutamaan kepada penghidratan adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan optimum dan menyokong sistem imun yang kukuh. Dengan membuat penyesuaian mudah terhadap rutin harian anda, anda boleh meningkatkan tahap penghidratan dan kesejahteraan anda secara menyeluruh dengan mudah!


Sumber

  1. Plain Water, the Healthier Choice.

  2. Water, Hydration and Health.

  3. Water: How Much Should You Drink Every Day?

  4. The Importance of Water - The Heart Foundation.

  5. Alleviating Effects of Dehydration under No Hyperthermia on the Immunomodulatory Response to the Polysaccharide Fraction from Fu-Ling in Male Collegiate Wrestlers.

  6. Dehydration Decreases Saliva Antimicrobial Proteins Important for Mucosal Immunity.

  7. Clinical study on the rapid immune modulating effects of 600 mg of 4Life Transfer Factor Blend compared to placebo. G. Jensen, NIS Labs Report 058-006..