Affiliate yang layak memperoleh komisen ke atas pembelian produk Affiliate baharu yang mereka daftar secara peribadi, dan juga Affiliate baharu downline mereka.

Bagaimana Ia Dikira




Dengan Ganjaran Pantas, anda memperoleh komisen 25% di atas pesanan LP pertama setiap Affiliate baharu yang anda daftarkan secara peribadi. Anda juga memperoleh 12% di atas pesanan LP pertama setiap Affiliate baharu pada paras kedua anda, dan 5% di atas pesanan LP pertama setiap Affiliate baharu pada paras ketiga anda. Ganjaran Pantas akan dibayar setiap hari ke akaun 4Life anda apabila anda telah layak dengan 100 PV pada bulan semasa.*

Soalan-Soalan Lazim

  • Bilakah Ganjaran Pantas dibayar?
    Ganjaran Pantas dibayar secara harian ke dalam akaun 4Life anda apabila anda mempunyai 100 PV di bulan tersebut.
  • Bagaimana untuk saya layak memperoleh Ganjaran Pantas?
    Apabila anda mempunyai 100 PV di bulan semasa, anda layak untuk menerima Ganjaran Pantas di bulan tersebut. Associate akan menerima sehingga 2 paras pembayaran, manakala Builder dan ke atas akan menerima pembayaran kesemua 3 paras.
  • Berapa kalikah saya boleh layak memperoleh Ganjaran Pantas?
    Tiada had berapa kali anda boleh memperoleh Ganjaran Pantas, asalkan anda mempunyai 100 PV di bulan tersebut.
  • Berapakah pembayaran komisen Ganjaran Pantas di paras yang berkaitan?
    Dengan Ganjaran Pantas, anda memperoleh komisen 25% di atas pesanan LP pertama setiap Affiliate baharu yang anda daftarkan secara peribadi. Anda juga memperoleh 12% di atas pesanan LP pertama setiap Affiliate baharu pada paras kedua anda dan 5% di atas pesanan LP pertama setiap Affiliate baharu pada paras ketiga anda.

Anda juga mungkin berminat dengan...

Manfaatkan kelebihan Me and My 3 untuk memperoleh salah satu daripada tiga bayaran Builder Bonus setiap bulan: RM190, RM760, atau RM3040.

Sertai Program Loyalty 4Life untuk dapatkan produk 4Life kegemaran anda setiap bulan, di samping memperoleh Poin Loyalty yang anda boleh tebus untuk produk percuma pilihan anda!

MyShop adalah laman web membeli belah 4Life peribadi anda yang membolehkan anda untuk kongsi diskaun anda dengan rakan-rakan dan memperoleh Komisen/ MyShop Rewards untuk setiap pembelian mereka. (Komisen adalah terpakai bagi Affiliate berpangkat Associate dan ke atas/ MyShop Rewards adalah terpakai bagi Affiliate tanpa downline)

Buka peluang bonus tambahan melebihi RM156,000 apabila anda membeli Smart Start Pack.

*Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. Bayaran paras pertama, kedua, dan keempat untuk pesanan LP pertama telah berubah. Pendaftar menerima 25% dan upline terdekat bagi pendaftar menerima 12%. Dua upline Affiliate terdekat yang layak seterusnya, masing-masing menerima 5% dan 2%. Bayaran selebihnya diteruskan mengikut Pelan Ganjaran Hayat sehingga semua paras dibayar. Untuk layak menerima pembayaran Ganjaran Pantas, Affiliate harus mempunyai 100 PV dalam bulan semasa.

**Pendapatan Affiliate adalah berbeza-beza disebabkan oleh pelbagai faktor. Contoh-contoh pendapatan disini tidak menjamin pendapatan tertentu, tetapi berdasarkan kemungkinan mengikut sejarah data, komitmen peribadi dan tahap kemahiran Affiliate. Semua rujukan kepada jumlah pendapatan yang dinyatakan dalam Pelan Ganjaran Hayat adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.