Ganjaran-ganjaran Saya

Di 4Life, setiap kejayaan baharu diraikan. (Dan kami tahu cara untuk meraikannya!) Sama ada anda ingin menerokai destinasi eksotik atau menikmati pengalaman yang lebih menarik dalam hidup, ganjaran kami memang bertujuan untuk memotivasikan dan meraikan kemenangan peribadi anda bersama 4Life.

Pengiktirafan pangkat baharu

Semua pangkat bermula dari Builder

Apabila anda mencapai pangkat baharu, anda menerima pin lapel istimewa menandakan pencapaian anda, bersama-sama dengan cenderamata lain yang mengingatkan anda dengan kejayaan titik peluh anda.

Hadiah Pencapaian Pangkat Baharu

Pangkat Bronze, Bronze Elite, Silver, dan Silver Elite kali pertama

Capai pangkat Bronze, Bronze Elite, Silver, dan Silver Elite buat kali pertama untuk memperoleh hadiah bonus istimewa sekali sahaja! Hadiah ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan dan memberi inspirasi kepada lebih banyak kemenangan.

h3>Insentif Percutian Great Escape

Pangkat Presidential, Presidential Elite, Bronze, Bronze Elite, Silver, dan Silver Elite pertama kali

Penuhi kelayakan dan peroleh percutian mewah Great Escape. Melancong ke destinasi yang jauh dengan rakan Affiliate dan eksekutif-eksekutif, dan nikmati pengalaman terhebat. Sebagai Affiliate Silver dan Silver Elite, ada lebih banyak perkara menarik menanti anda- penginapan lebih hebat dan acara program eksklusif.

Jam Tangan Cartier

Pangkat Gold Kali Pertama

Ganjaran ini adalah untuk Affiliate kami yang cemerlang! Setiap Affiliate Gold baharu menerima jam tangan mewah: jam tangan Cartier berukir. Cartier, satu simbol status yang mewakili kemewahan dan kehebatan, dan tiada cara yang lebih baik untuk memberi ganjaran kepada usaha gigih dan ketekunan anda.

Lawatan ke rumah Lisonbee

Pangkat Gold Kali Pertama

Pencapai pangkat Gold kali pertama memperoleh percutian yang ditaja ke Utah, di mana mereka akan bertemu Pengasas 4Life David Lisonbee, di rumahnya di Utah Valley. Mereka juga akan melawat kemudahan pembuatan kami yang canggih, serta menikmati pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan bersama staf 4Life yang membantu mereka berada di tahap mereka sekarang.

(Sekatan antarabangsa mungkin dikenakan.)

Percutian Impian

Pangkat Gold Elite Kali Pertama

Pencapai pangkat Gold Elite kali pertama memperoleh percutian impian untuk dua orang. Apakah percutian impian anda? Safari Afrika? Percutian di pulau? Membeli-belah di Paris? Kami boleh merealisasikannya! Affiliate akan berunding dengan ejen percutian peribadi untuk menjadikan percutian impian mereka menjadi kenyataan. Ganjaran ini termasuk tambang penerbangan, penginapan dan perkhidmatan ulang-alik untuk Affiliate dan tetamu mereka.1

Jam Tangan Rolex

Pangkat Platinum Kali Pertama

Mencapai pangkat Platinum adalah salah satu kemuncak kejayaan di 4Life. Itulah sebabnya apabila anda mencapai Platinum, anda memperoleh jam tangan termewah: Rolex. Jam tangan Rolex dibuat dengan pertukangan terbaik dan merupakan simbol kemewahan dan kehebatan sepanjang hayat.

Lawatan Eksekutif ke negara anda

Pangkat Platinum Kali Pertama

Apabila Affiliate mencapai pangkat Gold, kami membawa mereka ke Utah. Apabila mereka mencapai pangkat Platinum, kami meraikan kejayaan mereka! Pangkat Platinum kali pertama menerima kunjungan daripada eksekutif 4Life di mana mereka akan mengucapkan tahniah secara peribadi!

Senarai Percutian Impian Peribadi

Pangkat Platinum Elite kali pertama

Mencapai pangkat Platinum Elite bukanlah satu kejayaan kecil! Pangkat Platinum Elite ialah kedudukan tertinggi di 4Life, jadi wajarlah Platinum Elite baharu diberi ganjaran dengan pengalaman berbeza: percutian impian. Penerima akan bersama dengan pasukan 4Life untuk merancang percutian peribadi yang ditaja khusus untuk dua orang yang merangkumi aktiviti, makan dan penginapan yang melebihi jangkaan anda.1

Peraturan dan Maklumat Kelayakan

  • Affiliate yang membatalkan penebusan mereka selepas tarikh akhir program akan kehilangan kelayakan untuk ganjaran.
  • Semua Affiliate mesti aktif dan berada dalam kedudukan yang baik dengan 4Life pada masa ganjaran untuk memperoleh ganjaran .
  • Ganjaran percutian adalah untuk dua individu. Affiliate bertanggungjawab ke atas kos tetamu tambahan melebihi dua individu yang akan ditanggung oleh 4Life.
  • Ganjaran-ganjaran ini tidak boleh dipindah milik.
  • Nilai semua ganjaran dilaporkan kepada cukai kerajaan anda /agensi tarif seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
  • Semua peraturan dan ganjaran tertakluk kepada perubahan.

Pangkat dan Kelayakan
1 Tidak sah semasa Insentif Kenaikan Pangkat