Supercharge Sistem Imun Anda

Supercharge Sistem Imun Anda

Lihat dalam
BI, BC


Memperkenalkan Supercharge Immune Pack—gabungan paling hebat berkesan untuk perlindungan dan ketahanan tubuh yang optimum. Dengan bahan-bahan yang disokong oleh sains, kombinasi ini melindungi tubuh anda daripada ancaman kesihatan di samping meningkatkan respon imun semula jadi. Kehidupan bukan sekadar untuk bertahan— kehidupan perlu dinikmati dengan imuniti yang kuat, tenaga yang hebat dan sentiasa dilindungi dari pelbagai cabaran hidup sepanjang tahun!

Walau apa pun cabaran anda, sama ada menghadapi tekanan harian, perubahan musim, atau mencari sokongan imun sepanjang tahun, suplemen-suplemen ini mengandungi gabungan hebat 4Life Transfer Factor, antioksidan, vitamin dan ekstrak herba untuk menguatkan pertahanan semula jadi tubuh anda. Kehidupan bukan sekadar untuk bertahan—kehidupan adalah tentang mencapai kesihatan melalui sistem imun yang kuat agar anda kekal bertenaga, dilindungi, dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.


APAKAH PRODUK YANG TERSEDIA DALAM PEK INI?

MENGAPA PILIH Supercharge Immune?

Di 4Life, kami menyediakan pelbagai produk yang disokong oleh sains yang teliti, jadi anda bukan sahaja mendapat suplemen—anda melabur dalam bahan-bahan dengan hasilnya yang jelas terbukti secara klinikal. Formula kami disokong oleh penyelidikan dan diperkukuhkan dengan pensijilan pihak ketiga seperti NSF, yang memastikan bahan farmaseutikal dan proses pengilangan kami memenuhi piawaian industri tertinggi. Dengan pensijilan ini, anda boleh meningkatkan kesihatan anda dengan yakin, mengetahui bahawa anda memilih produk yang selamat, berkesan, dan disahkan secara saintifik untuk membantu anda mencapai kesejahteraan.


BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

4Life TF Plus dicipta untuk meningkatkan, mengimbangi, dan mendidik sistem imun. Formulanya yang unik meningkatkan fungsi imun melalui peningkatan aktiviti sel-sel imun utama, seperti sel pembunuh semula jadi (NK), yang memberikan pertahanan yang kuat.

Ia membantu mengimbangi tindak balas imun untuk memastikan sistem anda tidak bertindak balas secara keterlaluan ataupun lemah, serta mendidik sel-sel imun untuk bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap ancaman. Pendekatan tiga-tindakan ini memberikan sokongan menyeluruh untuk memastikan sistem imun anda sentiasa kuat dan responsif.

Ambil 3 kapsul sehari


4Life TF-Boost menguatkan sistem imun anda ketika stress. Ia membantu meningkatkan daya tahan tubuh di saat anda amat memerlukannya. Dengan kehebatan 1,000 mg 4Life Transfer Factor®, 1,000 mg Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B2 dan B5, serta Zink, formula hebat ini meningkatkan fungsi sel-sel imun, mempercepatkan tindak balas terhadap tekanan luaran. TF-Boost memberikan sokongan yang anda perlukan untuk kekal kuat dan sihat apabila menghadapi cabaran fizikal dan emosi.

Ambil 1-2 peket ketika stres


4Life BioEFA (Asid Lemak Perlu) menyokong sistem imun melalui campuran asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid lemak perlu ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan integriti membran sel dan memelihara fungsi sel yang sihat. Omega-3, khususnya, mempunyai sifat anti-radang yang dapat membantu mengawal tindak balas imun, manakala omega-6 menyumbang kepada kesihatan imun secara menyeluruh.

Ambil 2 softgel setiap hari


RioVida Stix menggabungkan antioksidan yang kuat, elektrolit-elektrolit penting, dan 4Life Transfer Factor untuk menyokong kesihatan dan kecergasan dengan cara yang menyegarkan dan mudah. Antioksidan dari buah-buahan hebat ini melindungi tubuh dari tekanan oksidatif dan radikal bebas serta meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh.

Sementara itu, elektrolit menggantikan mineral-mineral penting yang hilang semasa aktiviti harian dan senaman agar tubuh kekal hidrat dan bertenaga. Gabungan elektrolit dan 4Life Transfer Factor meningkatkan fungsi imun dan stamina serta pemulihan tubuh. Jadi, RioVida Stix merupakan pilihan ideal bagi mereka yang inginkan gaya hidup yang cergas dan mengekalkan prestasi optimum sepanjang hari.

Campurkan 1 peket serbuk dengan 240 ml air sebelum minum


Tingkatkan pertahanan semula jadi tubuh anda dengan Supercharge Immune Pack! Elakkan menunggu sehingga masalah muncul—tingkatkan sistem imun anda sekarang! Buat pesanan hari ini dan alami perbezaan sistem imun yang lebih mantap! Anda layak untuk dapatkan yang terbaik bagi kesihatan anda!