Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop Super Ash Williams!?
Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop Super Ash Williams!?
Hati menyingkirkan toksik kesemua bahan kimia dan bahan berbahaya daripada makanan yang anda makan. Apabila anda makan, kesemua nutrien diserap ke dalam peredaran darah. Pada masa yang sama, bahan asing, bahan kimia atau bahan aditif makanan diserap masuk ke dalam peredaran darah anda juga.
Penyingkiran toksik bahan berbahaya ini amat penting sebelum ia memasuki pelbagai organ dalam badan anda. Hati ialah organ yang menjaga badan anda dan ia memainkan peranan besar dalam mengurangkan ketoksikan dan bahan kimia tersebut perlu dimusnahkan untuk melindungi badan anda.
Oleh itu, amatlah penting untuk menjaga kesihatan hati. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa cara mudah untuk melakukannya!
Cuba elakkan diet yang tinggi kalori, tinggi lemak, atau tinggi gula. Diet seperti ini boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan pengumpulan lemak, yang merupakan faktor risiko kepada hati berlemak. Pemakanan sihat dan seimbang harus mempunyai kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan kita pada kuantiti sederhana termasuk:
Protein berkualiti tinggi
Lemak tak tepu (seiring dengan mengehadkan pengambilan lemak tepu)
Karbohidrat kompleks yang berlebihan
Di samping itu, ambil mikronutrien seperti vitamin dan mineral dalam diet anda. Ambil vitamin B (B1, B2, dan B3) secukupnya untuk menyokong tenaga dan metabolisme. Vitamin E dan K adalah kunci utama dalam membantu mengurangkan pembentukan bekuan darah.1
Mineral seperti magnesium, kromium dan zink membantu badan anda menguraikan makronutrien untuk penghasilan tenaga daripada glukosa dan lipid. Mineral-mineral ini membantu menyokong kesihatan hati. Bagi mereka yang berlebihan berat badan atau obes, atau sedang mencuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet, anda perlu memberi lebih perhatian kepada pengambilan vitamin dan mineral anda.
Alkohol diuraikan di dalam hati untuk menghasilkan asetat. Walau bagaimanapun, semasa proses metabolisme ini berlaku, metabolit perantaraan yang dipanggil acetylaldehyde, iaitu bahan bioaktif akan terhasil dan ini mencetuskan penghasilan radikal bebas dalam badan. Pengumpulan acetylaldehyde akan menyebabkan hati berlemak dan keradangan yang mengurangkan fungsi hati yang sihat. Hadkan pengambilan alkohol anda untuk menjaga kesihatan hati.
Gaya hidup yang tidak aktif adalah masalah sejagat, yang merupakan faktor risiko kepada obesiti, diabetes, hati berlemak, dan masalah kesihatan yang lain. Kekal aktif adalah salah satu cara untuk meningkatkan penggunaan tenaga dan keseimbangan tenaga serta mengelakkan pertambahan berat badan. Cara paling mudah untuk terus aktif ialah dengan mengira langkah anda. Risiko penyakit kardiovaskular boleh dikurangkan dengan melakukan 6,000-9,000 langkah setiap hari.2 Pakar-pakar juga mengesyorkan aktiviti fizikal lain seperti mendaki, berenang, berbasikal dan berjoging.
4Life LivRite dirumus khas dengan campuran proprietari herba dan antioksidan seperti milk thistle, semanggi merah, dandelion, articok, dan brokoli untuk menyokong proses detoksifikasi semula jadi hati dan melawan radikal bebas.
Kajian telah melaporkan bahawa bahan aktif dalam milk thistle yang diekstrak daripada biji benih tumbuhan atau dari semanggi merah juga mempunyai sifat antioksidan.3,4
Kesimpulannya, amatlah penting untuk mengutamakan kesihatan hati, kerana kesejahteraan menyeluruh anda bergantung kepada hati yang berfungsi dengan baik. Ambil langkah proaktif untuk menjaga hati anda dengan mengikuti garis panduan mudah ini dan amalkan gaya hidup yang sihat untuk hati.
Sumber:
You are trying to view a MyShop page. Please log out in order to view this website.