Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop ?
Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop ?
äKwä ialah sistem penjagaan kulit ritual yang berakar umbi dalam pendekatan air Korea purba. Air biasa dalam setiap formula digantikan dengan tapaian air teh hijau Korea dan digabungkan dengan air lain yang istimewa, ekstrak-ekstrak yang ditapai secara tradisional, dan bahan-bahan terbaik yang berasal dari tumbuhan ke dalam formula-formula yang menjadikan kulit anda berseri. Teh hijau kami ditanam di wilayah Boseong, ladang teh terbesar dan utama di Korea, kerana keadaan tanah dan iklimnya yang sesuai. Penapaian teh mempunyai sejarah yang panjang dan pelbagai di rantau ini, ia dicipta melalui proses dua fasa yang menggunakan teknik-teknik semula jadi tradisional dan penapaian asid laktik untuk menghasilkan tahap-tahap ramuan yang lebih berkesan.
Tonton videoäKwä didedikasikan terhadap kepercayaan bahawa kesihatan dan kecantikan kulit lebih utama dan bahawa kulit adalah halus serta memerlukan perhatian di peringkat ritual. Menyuburkan, pintar dan semula jadi, itulah äKwä, lambang penjagaan kulit yang mudah dan awet muda.
Faedah utama:
Kami menawarkan satu rejimen kepada anda untuk diikuti. Langkah-langkah tulen kami ini membantu kulit anda menangani pelbagai cabaran lazim secara unik.
Dalam kajian rintis yang dijalankan terhadap wanita dan lelaki dengan 30 hari rejimen äKwä menunjukkan peningkatan dalam:
Bebaskan diri anda dan nikmatilah dunia anda dengan rejimen penjagaan kulit yang direka bentuk untuk mengubah penampilan kulit anda menggunakan formula yang diilhamkan oleh alam semula jadi, kaya dengan kelembapan dan teknik kecantikan Korea zaman berzaman.
Oil-to-Foam Cleanser— Sebagai langkah pertama dalam ritual penjagaan kulit anda, pembersih ini memberikan permulaan yang menyegarkan. Minyaknya yang lembut menanggalkan kotoran sebelum ia membuih membersihkan kulit. Percikkan air pada wajah untuk kebersihan yang lebih sempurna, lembut dan tenang.
Ketahui lebih lanjutFour-Way Toner— Bersinar dan berseri, toner tanpa alkohol kami sangat sempurna untuk menyediakan kulit wajah anda untuk pembersihan dan pelembapan tambahan, sebelum penggunaan kosmetik serta membantu mengekalkan solekan anda atau semburkan pada bila-bila masa supaya kulit anda bersinar.
Ketahui lebih lanjutVitamin Serum— Dengan kemewahan yang dianugerahkan oleh bumi dalam bentuk serum halus, produk ini menyeduh kulit anda dengan vitamin, tapaian dan antioksida yang penting untuk wajah yang sihat dan muda.
Ketahui lebih lanjutRefining Eye Cream—Pelembap dan emolien dicampurkan dengan cendawan yang kaya dengan bahan-bahan semula jadi untuk menghasilkan kolagen supaya kulit di bahagian mata lebih licin, halus dan cantik.
Ketahui lebih lanjutMoisture Cream— Krim ini menawarkan penghidratan intensif dalam formula yang ringan, lembut dan halus. Ia benar-benar seperti minuman untuk kulit anda.
Ketahui lebih lanjutYou are trying to view a MyShop page. Please log out in order to view this website.