Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop John Orellana?
Anda pasti anda ingin keluar dari laman MyShop John Orellana?
Adakah anda terkesan dengan stres fizikal atau pun stress mental? Anda perlukan rangsangan imun untuk mengatasinya? Cubalah 4Life TF-Boost – formula pemula hebat untuk meningkatkan sistem imun anda! Tiada lagi rasa letih malah cergas semula dengan 4Life TF-Boost!
TF-Boost menguatkan sistem imun anda dengan pantas.
Segarkan badan anda dengan 4Life TF-Boost – dos 4Life Transfer Factor tertinggi (berbanding produk-produk 4Life yang lain) sehingga 1,000mg, bersama 1,000mg Vitamin C dan Vitamin D, serta nutrien hebat yang lain. Formula ini memberikan sokongan antioksidan berspektrum luas, menambah semula elektrolit yang hilang, dan menggalakkan penuaan sel-sel secara sihat.
Alami deruan kecergasan dengan 4Life TF-Boost!
1. Perangsang Sistem Imun yang Pantas
4Life TF-Boost membekalkan 1,000mg 4Life Transfer Factor yang terbukti secara klinikal dapat mengaktifkan sistem imun anda dalam masa 2 jam! Ia meningkatkan aktiviti Sel Pembunuh Semula Jadi (Natural Killer Cells, NK cells atau sel NK) dengan kehadiran ancaman kesihatan, di samping pengaktifan pelbagai sel sistem imun yang lain, seperti sel B dan sel T. Ini menunjukkan bahawa 4Life Transfer Factor meningkatkan pemantauan terhadap ancaman kesihatan terutamanya apabila anda amat memerlukannya! 1
2. Vitamin C: Penggalak Mood Positif
Tingkatkan mood dan tajamkan fokus anda dengan 1,000mg Vitamin C! Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan semua tisu badan.
Ia terlibat dalam banyak fungsi badan, termasuk pembentukan kolagen, penyerapan zat besi dan zink, fungsi sistem imun yang baik, penyembuhan luka, dan penjagaan tulang rawan, tulang dan gigi.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa suplemen asid askorbik mempunyai manfaat meningkatkan mood. 2 Selain itu, suplemen vitamin C berkesan meningkatkan fungsi dan prestasi mental anda, memastikan anda sentiasa hebat walaupun dalam keadaan tertekan. 3
3. Ramuan Aktif Lain
i. Vitamin D
Vitamin D ialah vitamin yang menjadi sumber kehebatan sistem imun! Ia penting untuk kesihatan imun, dan juga menyokong kesihatan tulang. Setiap hidangan 4Life TF-Boost mengandungi Vitamin D sebanyak 200% daripada Nilai Harian (Daily Value) anda!
ii. Zink
Zink memberikan banyak manfaat, terutamanya untuk sistem imun anda. Mineral ini penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan fungsi bagi tiga jenis sel sistem imun yang berbeza iaitu neutrofil, sel NK dan makrofaj untuk menyokong imuniti semula jadi anda. 4
iii. Riboflavin
Riboflavin atau Vitamin B2 membantu memecahkan protein, lemak dan karbohidrat. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan bekalan tenaga badan.
iv. Vitamin B6
Vitamin B6 diperlukan untuk metabolisme protein, lemak dan karbohidrat, penghasilan sel darah merah dan neurotransmitter. Oleh itu, ia memainkan peranan penting dalam mengawalatur mood5 dan meningkatkan fungsi otak semasa stres yang melampau.
v. Elektrolit
Elektrolit penting untuk penghidratan semula, terutamanya semasa aktiviti fizikal. Penghidratan optimum adalah penting untuk menyokong komunikasi dan aktiviti biokimia sistem imun anda 6, ia juga memastikan anda kekal cergas dan bertenaga.
4. Ciri & Manfaat Utama Lain
Vitamin C yang Hebat: Setiap hidangan mengandungi jumlah vitamin C yang lebih banyak daripada 10 biji oren!
Sumber Antioksidan: Melindungi sel anda daripada kerosakan radikal bebas dengan sokongan antioksidan yang kuat.
Kulit Berseri: Menggalakkan kulit yang cantik berseri dan sihat.
Kebaikan Semula Jadi: Diperbuat dengan pewarna, perasa dan pemanis semula jadi.
Rendah Kalori: Hanya 27 kcal setiap hidangan, sesuai untuk apa jua diet!
5. Mudah disediakan, mudah dibawa ke mana-mana dan Lazat
Sama ada anda sedang melancong, mengharungi hari yang sibuk, atau bersenam di gim, TF-Boost yang tersedia dalam peket serbuk hidangan tunggal ini adalah teman setia terbaik anda. Dapatkan TF-Boost dan tingkatkan tenaga anda, walau ke mana jua destinasi anda.
Campurkan dan minum
Campurkan dengan 180ml air, larutkan ia dan nikmati kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik pada bila-bila masa, di mana sahaja. Setiap kotak mengandungi 5 hidangan dan untuk hasil terbaik, ambil setiap hari selama 5 hari.
AKTIFKAN SISTEM IMUN ANDA SEKARANG! Sensasikan hidup anda dan jalani kehidupan yang terbaik sepenuhnya dengan 4Life TF-Boost!
Rujukan:
Clinical study on the rapid immune modulating effects of 600 mg of 4Life Transfer Factor Blend compared to placebo. G. Jensen, NIS Labs Report 058-006.
Bettina Moritz, et al. The role of vitamin C in stress-related disorders. The Journal of Nutritional Biochemistry. Volume 85, November 2020, 108459.
Minju Sim, et al. Vitamin C supplementation promotes mental vitality in healthy young adults: results from a cross-sectional analysis and a randomized, double-blind, placebo-controlled trial. Eur J Nutr. 2022; 61(1): 447-459.
Ananda S Prasad. Zinc in Human Health: Effect of Zinc on Immune Cells. Mol Med. 2008 May-Jun; 14(5-6): 353-357. Published online 2008 Apr 3. doi: 10.2119/2008-00033.Prasad.
Peter T Clayton. B6-responsive disorders: a model of vitamin dependency. J Inherit Metab Dis. 2006 Apr-Jun; 29(2-3):317-26. doi: 10.1007/s10545-005-0243-2.
Rachel Bartholomew BA (Hons), Dip ION, mBANT, CNHC, GHW. Why is Hydration Important For Your Immune System? Nutri Advanced.12 August 2020.
You are trying to view a MyShop page. Please log out in order to view this website.