Penjagaan Kulit Sempurna, Awet Muda dan Mudah

Beli sekarang

Pendekatan air Korea zaman berzaman untuk penjagaan kulit

äKwä ialah sistem penjagaan kulit ritual yang berakar umbi dalam pendekatan air Korea purba. Air biasa dalam setiap formula digantikan dengan tapaian air teh hijau Korea dan digabungkan dengan air lain yang istimewa, ekstrak-ekstrak yang ditapai secara tradisional, dan bahan-bahan terbaik yang berasal dari tumbuhan ke dalam formula-formula yang menjadikan kulit anda berseri. Teh hijau kami ditanam di wilayah Boseong, ladang teh terbesar dan utama di Korea, kerana keadaan tanah dan iklimnya yang sesuai. Penapaian teh mempunyai sejarah yang panjang dan pelbagai di rantau ini, ia dicipta melalui proses dua fasa yang menggunakan teknik-teknik semula jadi tradisional dan penapaian asid laktik untuk menghasilkan tahap-tahap ramuan yang lebih berkesan.

Tonton video

Kulit anda lebih utama

äKwä didedikasikan terhadap kepercayaan bahawa kesihatan dan kecantikan kulit lebih utama dan bahawa kulit adalah halus serta memerlukan perhatian di peringkat ritual. Menyuburkan, pintar dan semula jadi, itulah äKwä, lambang penjagaan kulit yang mudah dan awet muda.

Faedah utama:

  • Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit
  • Bebas paraben, bebas sulfat dan bebas phthalate
  • Diuji oleh pakar dermatologi untuk kelembutan
  • Lembut kepada kulit anda dan alam sekitar
  • Bebas penganiayaan—tidak pernah diuji pada haiwan
  • Bebas gluten
  • Tiada peluntur yang kasar, atau bahan kuat lain yang mengganggu kulit anda sehingga menjejaskan kesihatan kulit jangka panjang semata-mata untuk kesan baik jangka pendek
  • Wangian semulajadi

Satu Rejimen Ringkas dan Mudah

Kami menawarkan satu rejimen kepada anda untuk diikuti. Langkah-langkah tulen kami ini membantu kulit anda menangani pelbagai cabaran lazim secara unik.

Sebelum dan selepas

Dalam kajian rintis yang dijalankan terhadap wanita dan lelaki dengan 30 hari rejimen äKwä menunjukkan peningkatan dalam:

  • Kiraan bintik merah, mewakili kesan menenangkan
  • Kiraan porfirin, mewakili kesan pembersihan
  • Skor kedutan
  • Kemunculan garis halus dan kedutan
  • Kelembapan menyeluruh

Bebaskan diri anda dan nikmatilah dunia anda dengan rejimen penjagaan kulit yang direka bentuk untuk mengubah penampilan kulit anda menggunakan formula yang diilhamkan oleh alam semula jadi, kaya dengan kelembapan dan teknik kecantikan Korea zaman berzaman.

Memperkenalkan Produk-produk äKwä

Langkah Tulen 1: Oil-to-Foam Cleanser

Oil-to-Foam Cleanser— Sebagai langkah pertama dalam ritual penjagaan kulit anda, pembersih ini memberikan permulaan yang menyegarkan. Minyaknya yang lembut menanggalkan kotoran sebelum ia membuih membersihkan kulit. Percikkan air pada wajah untuk kebersihan yang lebih sempurna, lembut dan tenang.

Ketahui lebih lanjut

Langkah Tulen 2: Four-Way Toner

Four-Way Toner— Bersinar dan berseri, toner tanpa alkohol kami sangat sempurna untuk menyediakan kulit wajah anda untuk pembersihan dan pelembapan tambahan, sebelum penggunaan kosmetik serta membantu mengekalkan solekan anda atau semburkan pada bila-bila masa supaya kulit anda bersinar.

Ketahui lebih lanjut

Langkah Tulen 3: Vitamin Serum

Vitamin Serum— Dengan kemewahan yang dianugerahkan oleh bumi dalam bentuk serum halus, produk ini menyeduh kulit anda dengan vitamin, tapaian dan antioksida yang penting untuk wajah yang sihat dan muda.

Ketahui lebih lanjut

Langkah Tulen 4: Refining Eye Cream

Refining Eye Cream—Pelembap dan emolien dicampurkan dengan cendawan yang kaya dengan bahan-bahan semula jadi untuk menghasilkan kolagen supaya kulit di bahagian mata lebih licin, halus dan cantik.

Ketahui lebih lanjut

Langkah Tulen 5: Moisture Cream

Moisture Cream— Krim ini menawarkan penghidratan intensif dalam formula yang ringan, lembut dan halus. Ia benar-benar seperti minuman untuk kulit anda.

Ketahui lebih lanjut

Soalan-soalan lazim

  • Bagaimanakah äKwä berbeza?
    äKwä ialah sistem penjagaan kulit ritual yang berakar umbi dalam pendekatan air Korea zaman berzaman. Air biasa dalam setiap formula digantikan dengan tapaian air teh hijau Korea dan digabungkan dengan air-air lain yang istimewa, ekstrak-ekstrak yang ditapai secara tradisional dan pelbagai bahan terbaik yang berasal dari tumbuhan yang diadun ke dalam formula-formula yang menjadikan kulit anda berseri. äKwä didedikasikan terhadap kepercayaan bahawa kesihatan dan kecantikan kulit lebih utama dan bahawa kulit adalah halus serta memerlukan perhatian di peringkat ritual.
  • Mengapa penjagaan kulit Korea sangat baik untuk kulit saya?
    Penampilan kulit anda sebahagian besarnya bergantung pada keupayaan anda untuk melembapkan kulit secara berterusan. Seni mengekalkan dan menambah semula kelembapan ialah cara kami menghasilkan formulasi, yang menggabungkan pelbagai sumber air dan tapaian istimewa untuk membantu mengembalikan kulit kepada permulaannya. Teknik penapaian Korea zaman berzaman ini memanfaatkan bahan-bahan seperti air teh hijau yang menjadi penyelesaian yang berkesan dan berkuasa dalam menggalakkan kulit kelihatan lebih muda dan persekitaran permukaan kulit lebih sihat. Ia bukan sahaja mengenai bahan-bahan. Kuasanya terletak pada proses itu sendiri.
  • Apakah itu kulit "chok chok"?
    Penjagaan kulit äKwä memberikan anda pengalaman penjagaan kulit Korea ritual melalui program padat yang membantu anda mendapat kulit seperti yang disebut oleh orang Korea iaitu "chok chok"—kulit segar gebu yang benar-benar cerah bersinar—dalam gaya hidup anda yang sentiasa sibuk
  • Adakah penjagaan kulit äKwä bebas penganiayaan?
    Ya! Tiada produk penjagaan kulit äKwä diuji ke atas haiwan.
  • Adalah penjagaan kulit äKwä bebas paraben?
    Ya! Semua formula äKwä adalah bebas paraben.
  • Apakah jenis wangian yang digunakan dalam penjagaan kulit äKwä?
    Semua formula äKwä, kecuali Four-Way Toner, menampilkan wangian semula jadi. Four-Way Toner pula tanpa wangian.
  • How many times per week should I use the Volcanic Mud Mask?
    The Volcanic Mud Mask is a ritual step and should be used one to two times per week.
  • How many times per week should I use the Sheet Mask?
    As the second ritual step in the äKwä skincare line, use a Sheet Mask one to two times per week.
  • Bolehkah saya menggunakan Four-Way Toner sepanjang hari?
    Ya! Four-Way Toner ialah cara terbaik untuk menyediakan kulit anda untuk pembersihan dan kelembapan tambahan, sebelum penggunaan kosmetik, dan mengekalkan solekan anda. Selain itu, ia juga bagus untuk disemburkan pada kulit anda pada bila-bila masa sepanjang hari untuk kulit yang bersinar.
  • Saya vegan. Bolehkah saya menggunakan äKwä?
    Kebanyakan formula penjagaan kulit äKwä adalah vegan.
  • Saya mempunyai intoleransi terhadap gluten. Bolehkah saya menggunakan äKwä?
    Ya! Semua formula penjagaan kulit äKwä adalah bebas gluten.