Kami Adalah Syarikat Sistem Imun

Pada tahun 1998, Pengasas 4Life David dan Bianca Lisonbee memulakan perjalanan untuk membawa produk 4Life Transfer Factor® ke seluruh dunia. Bukan seperti suplemen biasa yang anda lihat di kedai kesihatan, transfer factor bukan vitamin, mineral atau herba; sebaliknya, ia adalah molekul penghantar yang memindahkan memori dan pengetahuan sistem imun dari satu entiti ke entiti yang lain.*

Sains

Kami berdedikasi untuk terus berada di hadapan kemajuan saintifik.

Kejayaan

Affiliate 4Life menikmati beberapa pembayaran yang tertinggi di dalam industri ini melalui Pelan Ganjaran Hayat kami.

Kebajikan

Perkhidmatan adalah teras kepada semua yang 4Life lakukan. Semasa anda mengubah hidup anda dengan produk luar biasa dan peluang kewangan kami, anda boleh mengubah kehidupan orang lain dengan memberi perkhidmatan yang bermakna.

Kepuasan

Bersedia untuk berpuas hati? Semuanya untuk anda dan matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman positif yang berkekalan dalam setiap interaksi.

Produk yang Memenangi Anugerah

"Penyelidikan" adalah nama kami (4Life Research), dan inovasi kami adalah yang terbaik! Apabila anda membeli produk 4Life, anda membeli produk hasil daripada penyelidikan dan penemuan bertahun-tahun. Makmal tercanggih kami mempunyai peralatan canggih dan kumpulan saintis bertaraf tinggi yang merumus dan membangunkan produk kami. Setiap produk menjalani beratus-ratus ujian untuk memastikan keberkesanan dan kualiti, dan banyak produk kami dipatenkan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Beli Sekarang

Kejayaan Affiliate

Kami mahu Affiliates kami berjaya, jadi kami mempunyai pelbagai cara yang berbeza untuk anda peroleh bonus

  1. Menjual produk
  2. Mendapat produk-produk percuma dengan Program Loyalty
  3. Jimat dengan Diskaun Segera
  4. Dengan MyShop Rewards dan komisen, anda boleh memperoleh 25%!
  5. Dengan Ganjaran Pantas, anda boleh memperoleh 25% setiap kali anda berkongsi. Selain itu, Ganjaran Pantas dibayar setiap hari!
  6. Buka peluang lebih RM156,000 sebagai tambahan kepada bonus Smart Start
  7. Gunakan Me and My 3® untuk bentukkan kumpulan anda dan peroleh Builder Bonus
  8. Bangunkan kumpulan anda; kembangkan potensi pendapatan anda

Ketahui Lebih

Memutuskan Rantaian Kemiskinan

Matlamat kami adalah untuk Memutuskan Rantai Kemiskinan dan membuat perubahan sebenar dalam kehidupan kanak-kanak dan keluarga mereka di negara di mana 4Life menjalankan perniagaan. Melalui Foundation 4Life, organisasi bukan untung kami, kami telah membina legasi kebajikan yang membolehkan kanak-kanak menjadi warga yang produktif dalam komuniti mereka.

Ketahui Lebih

Kepuasan Pelanggan

Kami berusaha untuk mencipta produk yang memenuhi dan melebihi piawai tertinggi, supaya anda berasa yakin untuk menggabungkannya dalam rutin kesihatan anda dan berkongsi dengan rakan dan orang tersayang. Kami mempunyai jaminan kepuasan produk 100%. Kepuasan adalah salah satu Nilai kami kerana kami menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami.

Ketahui Lebih

David Lisonbee

Pengasas & Pengerusi

Danny Lee

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif

Pengasas kami, David Lisonbee, merupakan contoh bagi nilai teras kami iaitu Sains, Kejayaan, Kebajikan dan Kepuasan. Usaha gigih David untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup keluarganya telah mendorong beliau untuk mencipta 4Life Transfer Factor® beberapa tahun lalu, dan 4Life Transfer Factor® Classic menjadi produk terunggul 4Life. Keghairahan David telah melahirkan visi membawa Transfer Factor ke dunia, dan beliau berjaya— ke lebih 25 pasaran. Sejak tahun 1998, David telah mengukuhkan 4Life dalam penyelidikan saintifik, mencipta peluang luar biasa untuk Affiliates di mana-mana, berkhidmat kepada komuniti yang memerlukan, dan menyediakan produk kesihatan dan kesejahteraan yang terhebat kepada pelanggan 4Life di seluruh dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 4Life, Danny Lee, telah bersama 4Life selama lebih 12 tahun dan mempunyai satu objektif yang jelas: untuk menjadikan semua interaksi 4Life—bagi pelanggan dan Affiliate —seronok dan lancar sebaik mungkin. (Dan beliau sendiri seorang yang menghiburkan!) Sepanjang beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Danny telah berjaya mencipta pengalaman 4Life yang tidak dapat dilupakan dengan Khidmat Pelanggan yang cemerlang yang telah menjadi standard baharu untuk kepuasan pelanggan.

Anugerah

Sejak permulaan, 4Life telah diiktiraf sebagai peneraju dalam industri suplemen kesihatan. Kami telah memenangi anugerah pilihan orang ramai bagi 4Life Transfer Factor® Collagen dan dua kali untuk 4LifeTransform® Burn. Kami juga telah diberi Anugerah Golden Bridge "Emas" dan Anugerah Stevie untuk Pre/o Biotics® dan Anugerah Inovasi Sains Kolaboratif di atas usaha kami dalam penyelidikan 4Life Transfer Factor®. 4Life juga telah menerima 4 lagi anugerah untuk suplemen sistem imun, 10 anugerah untuk amalan perniagaan dan kepimpinan yang baik, dan 5 anugerah di atas komitmen kami yang berterusan dalam memberi perkhidmatan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.*

Ketahui Lebih

Team4Life

Team 4Life ialah sekumpulan atlet terkenal dunia yang menggunakan produk 4Life dalam rejimen latihan mereka. Dari berbasikal ke bola sepak, tinju ke badminton, para profesional ini berada di puncak kerjaya mereka.

Baca kisah mereka

Penggabungan

4Life ialah ahli Better Business Bureau (BBB) ​​dengan taraf A+. Selain itu, 4Life bersekutu dengan empat organisasi yang berbeza untuk memastikan bahan-bahan kami, sama ada ia berasal dari tumbuh-tumbuhan atau haiwan, diperoleh dengan selamat dan beretika. 4Life juga bersekutu dengan empat organisasi lain yang membantu memastikan amalan pembuatan yang baik.

Ketahui Lebih