Sains

Sejak 1998, 4Life Research® telah membawakan anda produk berkualiti tinggi untuk menyokong sistem imun dan kesihatan keseluruhan anda. Kami komited terhadap inovasi berterusan dan penemuan saintifik, dengan produk untuk membantu anda menjalani kehidupan yang sihat.*

Sains 4Life Transfer Factor

Sains 4Life Transfer Factor merangkumi penyelidikan, teknologi dan inovasi produk yang mendidik sel sistem imun anda dan menyokong keupayaan sistem imun anda untuk mengenal pasti, bertindak balas dan mengingati ancaman. Produk 4Life Transfer Factor dipatenkan, diperakui dan dikaji secara menyeluruh. 4Life Transfer Factor diperoleh daripada tiga cara berproprietari untuk memberi pelbagai sokongan sistem imun peribadi:

UltraFactor

UltraFactor ialah proprietari pekatan protein 4LifeTransfer Factor yang di tapis halus dan peptida-peptida lain daripada kolostrum lembu.

OvoFactor®

OvoFactor ialah pekatan protein 4Life Transfer Factor yang dilindungi paten dan peptida-peptida lain daripada kuning telur ayam.

NanoFactor®

NanoFactor ialah pekatan proprietari kolostrum lembu yang di tapis secara nano.

Penyelidikan dan Pembangunan

Kami membangunkan produk 4Life melalui penyelidikan dan komitmen terhadap kualiti dan keberkesanan terbaik. Jaminan 4Life Transfer Factor® yang diperakui memastikan identiti, ketulenan, kekuatan dan komposisi setiap produk 4Life Transfer Factor.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan 4Life termasuk doktor dan saintis yang memastikan 4Life berada di tahap kemajuan saintifik tertinggi. Selain itu, Lembaga Penasihat Sains Kesihatan (HSAB) kami membantu membangunkan produk baharu dan meneruskan penyelidikan dalam Sains 4Life Transfer Factor.

Terokai Produk-Produk Bersandarkan Sains 4Life mengikut Jenama

Sistem imun anda berkait rapat dengan setiap sistem lain dalam badan anda. Itulah sebabnya orang ramai membuat pilihan bijak dengan produk-produk 4Life Transfer Factor.

Kualiti dan Makmal

Sebelum pengedaran, kebanyakan produk 4Life melalui ratusan ujian. Ujian yang meluas adalah untuk memastikan kualiti yang tertinggi sepanjang jangka hayat produk. 4Life melabur berjuta dollar dalam peralatan makmal moden dan menjalankan operasi salah satu makmal analitikal yang paling canggih dalam industri jualan langsung untuk menguji bahan-bahan mentah dan hasil produk.

Peralatan kilang 4Life termasuk pembungkusan, pengkapsulan, dan peralatan adunan yang berteknologi tinggi dan telah menerima pendaftaran Yayasan Sanitasi Kebangsaan (NSF®) Amalan Pengilangan Terbaik Antarabangsa (GMP). Memperoleh Pendaftaran GMP daripada NSF Antarabangsa mengesahkan bahawa 4Life menggunakan kaedah-kaedah, peralatan dan kawalan yang tepat dalam mengeluarkan produk-produk suplemen pemakanan yang berkualiti tinggi.

Jaminan pengesahan 4Life Transfer Factor

Di 4Life, kami telah membuat komitmen untuk mengekalkan piawai tertinggi kualiti produk. Kami memperakui semua produk 4Life Transfer Factor dan akan sentiasa berusaha untuk mencipta produk dengan kualiti dan keberkesanan terbaik. Kami berjanji untuk megesahkan reka bentuk dan pembuatan produk untuk setiap produk yang kami jual. Apabila anda membeli produk 4Life Transfer Factor, anda boleh yakin bahawa anda mendapat yang terbaik. Malah, kami memberi jaminan. Lihat disini Jaminan 4Life Transfer Factor.

Identiti

Identiti setiap bahan telah diuji dan disahkan sebelum digunakan.

Keaslian

Setiap bahan mentah dan hasil produk telah diuji untuk memastikan ia bebas daripada bahan pencemaran dan lain-lain kerosakan.

Kelebihan

Setiap bahan mempunyai senarai kelebihan yang teguh dan berpotensi untuk diuji untuk memastikan ianya mencapai piawaian kualiti kami yang tinggi.

Komposisi

Setiap kumpulan dihasilkan mengikut garis panduan dan formulasi spesifikasi produk.

Pengeluaran

4Life menjalankan kemudahan pembuatannya sendiri dan mengawasi setiap langkah proses pembuatan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyusun, mengadun, mengkapsul dan pembungkusan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengilangan 4Life dan proses kualiti, sila lihat video "Making Transfer Factor for the World".

Paten

Penyelidikan dan usaha perlindungan paten 4Life menunjukkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap eksklusiviti dan kestabilan. 4Life memegang enam paten A.S. dan 38 paten antarabangsa—dengan berdozen lagi dalam proses untuk dipatenkan.

Research

Penyelidikan adalah sebahagian daripada nama kami kerana ia merupakan sebahagian besar identiti kami sebagai sebuah syarikat. Ia diperkukuh melalui komitmen kami terhadap inovasi, pembuktian dan pendidikan.

4Life Research bekerjasama dengan universiti, makmal dan organisasi lain untuk membangun, menjalankan dan mengesahkan penyelidikan. Penyelidikan daripada kerjasama ini membantu kami membangunkan produk dan membuktikan keselamatan dan keberkesanan produk.

Kajian makmal bebas terkini menunjukkan bahawa produk teras 4Life Transfer Factor meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK) yang hadir ketika ancaman kesihatan, sambil mengaktifkan pelbagai sel sistem imun yang lain, seperti: sel B, sel T dan Makrofaj.†

Kajian dan Penerbitan

Produk 4Life disokong oleh penerbitan semakan rakan sebaya, paten, Laporan kajian yang dilakukan oleh 4Life atau kerjasama pihak ketiga, dan monograf termasuk ulasan rencana yang luas untuk keselamatan dan keberkesanan bahan-bahan. Kajian-kajian ini juga didapati diPrescribers’ Digital Reference.

Pasukan Sains

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan kami terdiri daripada pakar sains sistem imun dan penerima PhD yang bekerja keras untuk memastikan 4Life berada di peringkat termaju inovasi saintifik. Kami juga telah mendapatkan kepakaran berpuluh-puluh pakar perubatan dan pakar pemakanan di seluruh dunia, kesemua adalah ahli Lembaga Penasihat Sains Kesihatan.

David Vollmer, PhD

Ketua Pengawai Saintifik

Brent Vaughan, PhD, RD

Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan

Alice Hirchel, PhD

Pengarah Hal Ehwal Saintifik dan Perundangan

Lembaga Penasihat Sains Kesihatan

Teresa Tomalska, MD

Mei-Ling Siu-Caldera, MD, PhD

J. Ty Hopkins, PhD, ATC

Joy Irobi, PhD

Elena Enioutina, MD, PhD

Lili Yang, MD, PhD

Em Capito, LCSW, MBA, E-RYT

A. Andersen, P. Vieira-Brock, B. Vaughan, D. Vollmer Method development for the analysis of PBMC-mediated killing of K562 cells by bovine colostrum Journal of Immunological Methods Volume 499, December 2021.

†Vetvicka V., Vetvickova J. (2019) J Nutr Health Sci 6(3):301

†Vetvicka V., Fernandez-Botran R. (2020) Int Clin Pathol J. 8(1):1