Manfaatkan kehebatan Me and My 3 untuk memperoleh salah satu daripada tiga bayaran Builder Bonus setiap bulan: RM190, RM760 atau RM3,040.

DAFTAR

Daftar Affiliate baharu dan pastikan mereka membuat pesanan sebanyak 100 LP (atau lebih) selewat-lewatnya pada 20hb bulan kelayakan atau pesanan MyShop.

DUPLIKASI

Latih ahli kumpulan anda untuk duplikasi perkara yang anda sudah lakukan.

KEKAL

Bina struktur 4Life yang ideal dan naik ke pangkat lebih tinggi.

Builder Bonus RM190

  • Memiliki 3 Affiliate yang anda daftarkan sendiri di barisan hadapan anda, masing-masing dengan sekurang-kurangnya 100 LP sebelum atau pada 20hb bulan yang layak atau pesanan MyShop
  • Mempunyai 600 LP dalam Volum Kumpulan *
  • Layak sebagai Builder atau Builder Elite**


   Menunjukkan individu tersebut telah mendaftar dalam Loyalty Program.

Builder Bonus RM760

  • Mempunyai 100LP dalam Program Loyalty atau pesanan MyShop
  • Mempunyai 3 Affiliate dibarisan hadapan, setiap dari mereka mempunyai 3 Affiliate yang layak (100 LP sebelum atau pada 20hb atau pesanan MyShop), Affiliate yang didaftarkan secara peribadi dibarisan hadapan dengan minimum Volum Kumpulan sebanyak 600 LP
  • Layak dipangkat Builder, Builder Elite, Diamond, atau Diamond Elite

Builder Bonus RM3,040

  • Mempunyai 100 LP dalam Program Loyalty atau pesanan MyShop
  • Mempunyai 9 Affiliate yang layak diparas kedua anda, setiap dari mereka mempunyai 3 Affiliate yang layak (100 LP sebelum atau pada 20hb atau pesanan MyShop), Affiliate yang didaftarkan secara peribadi di bawah mereka mempunyai minimum Volum Kumpulan sebanyak 600 LP
  • 9 Affiliate yang layak mestilah berada di 3 kumpulan (leg) yang berbeza dengan 3 Affiliate di setiap kumpulan (leg)
  • Layak di mana-mana pangkat bermula dari Builder hingga Platinum Elite (Affiliate yang berpangkat Bronze dan ke atas mesti layak di pangkat tertinggi yang di bayar pada bulan tersebut untuk memperoleh Builder Bonus RM3,040)

Mula memperoleh Builder Bonus hari ini!

Soalan Lazim Builder Bonus

  • S: Saya memerlukan pesanan 100 LP Program Loyalty atau pesanan MyShop untuk layak Builder Bonus. Adakah pesanan pertama dikira dalam Program Loyalty?
    J: Ya, pesanan bulan pertama sebanyak 100 LP atau lebih, layak untuk Builder Bonus, tetapi anda mesti ada sekurang-kurangnya 100 LP dalam Program Loyalty atau pesanan MyShop sebelum akhir bulan pertama anda untuk layak Builder Bonus.
  • S: Sekiranya saya tiada jumlah orang yang didaftarkan yang diperlukan selepas 20hb untuk layak memperoleh Builder Bonus, apakah yang perlu saya lakukan?
    J: Terdapat dua pilihan untuk membantu anda mencapai jumlah pendaftaran yang diperlukan. 1) Untuk Affiliate di bawah anda yang sedia ada, fokus dengan membantu mereka dapatkan banyak pesanan MyShop untuk menaikkan LP mereka. 2) Daftar Affiliate baharu dengan sekurang-kurangnya 100 LP dan pastikan mereka membuat pesanan 100LP sebelum atau pada 20hb bulan tersebut.
  • S: Adakah pesanan di akaun MyShop saya dikira sebagai 600 LP Volum Kumpulan untuk Builder Bonus?
    A: Ya. Pesanan MyShop dikira sebagai 600 LP Volum Kumpulan.
  • S: Berapa kali saya boleh memperoleh Builder Bonus?
    J: Anda boleh memperoleh bonus sebanyak RM190, RM760, atau RM3,040 setiap bulan, tetapi tidak kesemua tiga bonus dalam satu masa yang sama. Anda boleh memperoleh satu Builder Bonus setiap bulan (RM190, RM760, atau RM3,040), sekiranya anda layak.
  • S: Pangkat manakah yang boleh memperoleh Builder Bonus?
    Affiliate yang berpangkat Builder dan Builder Elite boleh memperoleh bonus sebanyak RM190. Affiliate yang berpangkat Builder, Builder Elite, Diamond, dan Diamond Elite boleh memperoleh bonus sebanyak RM760. Affiliate yang berpangkat Builder sehingga Platinum Elite boleh memperoleh bonus sebanyak RM3,040. Nota: Ini merujuk kepada pangkat tertinggi Affiliate. Jika Presidential, sebagai contoh, jatuh ke pangkat Builder, Affiliate ini tidak boleh memperoleh bonus RM190 dan RM760 lagi. Untuk Affiliate berpangkat Bronze dan ke atas, Affiliate ini mesti layak di pangkat tertinggi yang di bayar pada bulan tersebut untuk memperoleh bonus RM3,040. Pengiraan Builder Bonus dibuat sebelum bonus generasi. Oleh itu, pangkat tertinggi untuk tujuan Builder Bonus, ditentukan pada pengiraan bonus terakhir selesai.
  • S: Untuk memperoleh Builder Bonus, adakah kesemua tiga Affiliate yang didaftarkan mesti didaftarkan dalam bulan yang sama?
    J: Tidak semestinya. Tiga Affiliate yang didaftarkan itu mungkin didaftarkan dalam bulan yang sama atau berlainan. Tiada jangkamasa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, untuk memperoleh Builder Bonus, anda perlu ada sekurang-kurangnya tiga Affiliate yang didaftarkan membuat pesanan 100 LP sebelum atau pada 20hb pada bulan yang sama.

Anda juga akan berminat dengan...

Sertai Program Loyalty 4Life untuk dapatkan produk 4Life kegemaran anda setiap bulan, sambil memperoleh Poin Loyalty yang anda boleh tebus untuk produk secara percuma!

MyShop adalah pusat perkongsian peribadi anda. Pelanggan-pelanggan anda menikmati diskaun harga borong 20% anda, dan anda mendapat komisen 25% atas pesanan MyShop.

Ganjaran Pantas dibayar setiap hari! Dengan Ganjaran Pantas, anda memperoleh komisen 25% ke atas semua pesanan LP yang dibuat oleh Affiliate yang anda daftarkan secara peribadi dalam bulan pertama mereka.

Buka peluang bonus tambahan melebihi RM156,000 apabila anda membeli Smart Start Pack.

*Volum Kumpulan termasuk Volum Prinsipal anda, tambah dengan pesanan Affiliate di barisan hadapan anda.

**Program Builder Bonus tersedia untuk semua Affiliate yang berpangkat Builder hingga Platinum Elite. Program ini diubah suai untuk pasaran yang tiada pejabat 4Life. Sila baca Terma dan Syarat di laman web pasaran anda.

±Pendapatan Affiliate berbeza bergantung kepada pelbagai faktor. Contoh pendapatan yang ditunjukkan di sini tidak menjamin hasil tertentu, tetapi menunjukkan kebarangkalian berdasarkan data sejarah, komitmen peribadi dan tahap kemahiran Affiliate 4Life. Semua rujukan kepada pendapatan, gambaran atau kenyataan, di dalam Pelan Pembayaran 4Life adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.